Thursday, January 17

INIKAH BUDAYA?

ini sebahagian gambar realitinya sebuah bilik persediaan makmal sains sekolah. agak uzur tp itulah hakikat. di dalam sebuah negara yg maju tp di dalam sekolah xlah berapa nak maju. mereka yg berpangkat cuma mementingkan luaran. dalaman, xper, biar..... org xnmpk! Duit mengalir ke perhiasan taman sekolah, memenuh carta2 menaikkan semangat pelajar2 tp hampir semua tidak dibaca oleh mereka.... itukan namanya membazir.. 
trend mana2 sekolah pon mesti ada benda2 mcm tu
tp apa yg parents xnampak ialah keperluan sebenar pelajar itu sendiri. 
ya..maybe pencapaian anak2 mereka bagus... tp bukan semua sekolah telah dinaiktaraf...
bagi sekolah2 yg dikategori sebagai tidak berapa nak dipentingkan, seolah2 dianak tirikan!

aku yg bekerja di dalam sekolah kadang2 berasa terasing jugak dek kerana deme2 yg berpangkat nala sarjana tinggi ni. 
peruntukan diberikan utk kadang2 benda2 yg bakal digunakan utk menunjuk2....

ops! terlebih ckp sudah....tp suara hati seorang yg bekerja di sini... lebih nmpk nyata drpd mereka yg hanya bekerja berlandaskan kertas kerja dan penghawa dingin yg hanya tahu buat meeting memanjang tp xturun padang............................






Monday, October 22

Baru Bukak Blog


Setelah sekian lama x membuka blog sendiri, nilah kali pertamanya...
Wow! ada ke lg org masuk blog yg bersawang nih?? hahaha...

semua skrg ni dokdan beburung saje kan... 
  
sampaikan xder masalah nk update benda2 sgt

kalau ada benda masak2 + xtvt pon aku xbaper nak update..
bukan apa..malas tahap gaban!

fb pon aku rasa mcm dh lemau
jenguk sekali sekala...
jadi silent reader
xkomen2 pon status kwn2 kecuali aku macam rajin 

ni pon sengaja je cari peluang menulis...
adeh2!

lenguh pulak jari tangan ni....

nmpk bebenor x nulihnyer...!

chow!
nnt kalu rasa2 nk nulih, i update yer...



Friday, March 2

Renungan Bersama...


YA!..mmg saya lom ada anak tp rasanya ilmu ni mcm berguna utk saya kemudian hari..





insyaAllah...harap2 berguna utk awak jugak..







1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
 

Thursday, March 1

Syukor...


syukur kepadaMU Ya Allah...

dpt juga kuharunginya..

semoga hidupku yang seterusnya akan lebih bermakna...

Monday, February 6

1perkara bagus utk februari!

yuhoo!
seronok sbb dpt tab! Hihi..thanks encik mustafar!

Friday, February 3

FEBBBRUARI Datang Lagi...



Oh! Tidakk...

Ntahla suratan atau kebetulan..setiap kali februari je mesti xder luck dlm idup aku ni! bukan nak nyalahkan takdir tp just nk share..

p/s : baru je lps nangis sensorg dlm bilik...bersendirian pd ms ni adalah lebih menenangkan aku~~ hubby telah pon ku halau g kelas aikido! dia ngajak g downtown pon aku xnak..

tetiber terasa nk mkn nasi putih panas2 dgn ikan kembong goreng taruk skit kicap cap kipas udang...sambil meratapi hidup.... huwahhhhhhhhhhhhh


Wednesday, February 1

TERGAROK- GAROK!!

TERGAROK- GAROK!! macam berok daaa.....

hadoiii..nyampah la pulak! nilah padah kalu sendiri pon alah dgn kucing tp masih ada hati utk membelanya..

skrg ni udah 1 badan tergarok2.. encik hubby pon sama jugak!

ini semua TOMPOK pny pasal la!

bulu dia ada kutu.. so, sejak tau ada..hubby rajin la memandikan dia.. tp stil ada jugak kutu2 tu!

CAMNER EH NK HILANGKAN SEMUA KUTU2 TU ????
ada idea?

td baru je lepas tgk 1 blog ni dia tulis... :

Alahan Rhinitis (demam alahan)  


Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang 
berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat 
kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap 
menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan 
jumlah debunga di udara.  


Tanda-tanda dan gejala  


• Penghasilan mukus (lendir).  
• Gatal-gatal di  
o Tekak  
o Hidung  
o Mulut  
o Mata  
o Kulit  
• Batuk.  
• Sakit kepala.  
• Hidung berair/Bersin.  
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).  


Rawatan  


• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.  
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.  
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga 
hidung.

bila melihatkan kpd gejala2 di ats maka demikian aku membuat kesimpulan bahawa


ini semua TOMPOK punya pasal!! muka je comel tp bawak kutuuuuuu... tp xper eh TOMPOK, kami akan sama2 usaha utk buang semua kutu2 itu...

tp buat masa ni kulit kami dah jadi burOOKKKKK ok!!!!

huwahhhhhhhhhhhhh


p/s : masih sayang sama itu TOMPOK...






Wednesday, December 21

Bagaimanakah Caranya?

soalan saya ;

bagaimanakah caranya utk mengurangkan perbelanjaan isi rumah?? mungkin boleh buat cmni kot....

1- POTONG SEMUA BIL2 YG TIDAK MEMBAWAK FAEDAH SGT (maksud sy, kalu xder pon xpe)

cnth : 

astro  -  RM 86++ 
internet + tepon umah  -  RM 120++
-------------------------------------
jumlah  -  RM 206++
-------------------------------------

wow! bole guna RM itu utk tujuan shopping !!!


2 - BELI BARANG DAPUR YG TIDAK BEGITU BERJENAMA & TIDAK BEGITU SEDAP/BERKUALITI DGN MENDAPAT HARGA MURAH SELAGI BOLEH MAKAN/GUNA

cnth :

ubat gigi jenama KOLGET bukan COLGATE (hihi..ada ke?)

jika selalunya belanja dapur kat TESCO mesti hampir2 giler ke RM 400 mungkin bole jimat lps ni jadi RM200 kot... bole ke?? jadi dgn RM itu bole guna shopping benda lain... 


3- kalau selalunya RM minyak kete 400 sebulan sbb g balik keje dan belanja touchNgo RM100...maka jumlahnya RM500, mungkin lps ni g keje naik motor.. bole jimat bykkkkkkk!! - tp itu hanya mimpi je la.. sbb hubby saya xakan punya bg saya g keje naik motor... tp logik la pulak kan.. takkan saya nk naik motor kan... dr PUTRAJAYA KE KL ..jadi, caranya 

saya kena isi borang online PERTUKARAN ke PUTRAJAYA! mm... menariks! aritu dh try mintak tp ntah apa salahnya bos xsign la pulak.. tarikh pon dh tutup..apa da bosss!

tp, sekiranya dpt tukar, save lg RM500!!!! hubby la kena anta g balik keje..waw! BONUS! romantik peluk2 naik motor vespa dia itu kaw! ala2 zaman bcinta!!!! suka! suka! <------ ini STATEMENT PERASAN...

citer2 merepek pnjg2 pon... kesimpulannya kalu dpt save pon bukan ke mna jugak! at the end guna gak..
cuma nk jugak kira...brape total dpt save


RM 206
RM 200
RM 500
---------
RM 906
---------



TAPI PERSOALANNYA..........

adakah dpt aku ber buat demikian????? mcm tak je lahhhhhhhh!







Tuesday, December 20

Terbaekk !!

Wow!

itu je perkataan yg muncol dlm kotak fikiran ni

mayb bg sesetgh org xsuka or lebih teruk mewujudkn fan club anti-kardashian.. (haha..ada ke?)


tp bg aku nilah cara derang cari market. family derang pon dikira success.. of course la derang ni kafirun... dan byk pengaroh negatif such as the unmarried couple - kourtney scott, but then, their family relation is sooo tide! 


mmg family ni buat bisnes tol lah! itu yg aku sgt suka..

even kadang2 tu my hubby dan adik2 pon suka tgk citer derang ni bila aku on je tv ok! sbb mcm susah la nk xsuka ke derang ni.. very mcm fantasi lah!

what i liked bout them ;

1- their DASH BOUTIQUE !! -of course everrrr!
2- life are soo almost perfect ok!
3- MASON the most!!
4- the kardashians-jenner sisters ( so fashionable!!! )
5- rob the heart robber! (haha..see his action in DWTS)
6- bruce is so cool step father! 

dan ada byk lg perkara yg memungkinkan aku suka giler kat derang ni...

paling terbaru ialah.........


yg ini ok! kad krismas! OMK!

what a successful story family ever!



+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)