Showing posts with label INFO SHARING. Show all posts
Showing posts with label INFO SHARING. Show all posts

Wednesday, March 16

Bismillah~

Sharing is Caring kan...

td aku dpt emel drpd cik nasfarra. [tq dear!]

oleh sbb skrg ni mcm malas nk forward ke kwn2 so, adalah lebih baik aku share info yg sgt2 berguna ni kat blog aku. InsyaAllah mayb bule dijadikan panduan kita bersama....

InsyaAllah~~






Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu'aafii
Bismillahil ladzhi laa ya
dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i
wa huwas samii'un 'alim




Maksudnya ;

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia

dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui






Bismillah 5 ni elok diamalkan

Antara kelebihan bismillah 5 ini adalah ;-
1.penawar bisa diri
2.penawar bisa tulang
3.Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

4.Sebelum minum or makan, membacanya insyaalah akan diketahui samada makanan tu ada benda ke tidak i.e. santau

(tanda2nya cawan or pinggan pecah, buat dua kali untuk kesahihan- wallahualam – hanya Allah yang maha mengatahui

Kita Cuma mencuba dan bertawakkal).

Tatacara

1. Membaca dengan dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.


Sekadar ingin berkongsi kalau ada salah silap harap dimaafkan.Utk lebih teliti boleh la merujuk kpd yg lebih Arif.



p/s : sgt bagus kpd pengirim asal emel ini!~~



Thursday, December 11

APA CER NIH!!



mm..apa yg korg bole komen psl gmbr2 yg aku snap kat bwh ni...hantarkan komen anda..





BODOH KER??

Wednesday, October 15

PENGETAHUAN AM : MINYAK TURUN HARGA LAGI HARI INI


BEST! BEST!

Nasib baik aku tak gi tuang minyak smlm. aku br je jejak kaki kat umah hubby aku dah bgtau ;
"esok minyak turun harga..kwn abang bgtau td kat ofis" - hubby
"oo..nasib baik tak gi td..ingat nak isi tp fikir esok la sbb kwn wani nak dtg nnti ni. nak masak sume"-aku


nasib baik la...

mlm tu tgk berita kat tv..YES!! turun lg...menjadikan harga petrol skrg tinggal RM 2.30 seliter. td tuang minyak RM50 (sbb kete betul2 dah abis minyak...hihi) tinggi je jarum naik...kalu tak masa harga RM2.70 dulu tu...separuh pun susah...nak gi mna2 pk 2 3 kali gaks la..skrg ok skit!


tp yg musykilkan aku..knp td aku beli nasi bungkus kat kedai tu harga masih lg sama???
Aku amik nasi putih + sambal ayam + sayur tauhu = RM4.50


mmm....

Saturday, June 23

PATTERN UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada yang dihormati TUAN PENGETUA ENCIK JEFRY ISMAIL, PENYELARAS KURSUS PUAN RUHANI HAMID, JURULATIH-JURULATIH PLK TERENGGANU, dan semua KAKITANGAN-KAKITANGAN PLK TERENGGANU dan yang dikasihi pelatih-pelatih PLK Terengganu sekalian.

Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu dengan lafaz kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya serta dengan izinnya jua, dapat kita semua berhimpun di pagi yang cukup istimewa ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan wakil pelatih saudari AFIZAH OH TIONG SENG dari asrama DAHLIA Untuk bacaan doa. Dipersilakan….

(BACAAN DOA OLEH WAKIL PELATIH)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari AFIZAH OH TIONG SENG
di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Indah sungguh dI pagi hari,
Kembang bunga mekar berseri,
Pertama kali kita di sini,
Untuk berhimpun di pagi ini.

Acara berikutnya ialah nyanyian lagu NEGARAKU diikuti dengan lagu KEMAS, lagu negeri TERENGGANU. DAN LAGU NEGERI Selangor. Untuk pengetahuan semua lagu NEGERI SELANGOR akan dinyanyikan oleh pelatih-pelatih dari NEGERI SELANGOR.


Para hadirin diminta untuk menyanyikan lagu bersama-sama.
(NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU KEMAS, LAGU NEGERI TERENGGANU DAN LAGU NEGERI SELANGOR)

Majlis seterusnya menjemput wakil pelatih PLK TERENGGANU saudari NUR SYUHADAH YAHAYA DARI ASRAMA MELOR untuk menyampaikan kata-kata hikmah. Dipersilakan…

(UCAPAN OLEH WAKIL PELATIH)

Majlis dengan rasa hormatnya menjemput PENYELARAS KURSUS bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dijemput, PUAN RUHANI HAMID bagi menyampaikan ucapannya.Dipersilakan…

(UCAPAN OLEH PENYELARAS KURSUS)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan-ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Terbit mentari di pagi hari,
Cerahnya hingga menyinari duniawi,
Pertemuan kita sampai di sini,
Semoga berjumpa di lain hari.

Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini marilah kita bersama-sama membacakan surah Al- Asr

(BACAAN SURAH AL-ASR)
AMIN..
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Monday, August 28

Darah Adalah Personaliti Anda

Apakah Jenis Darah Anda???


Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompokgolongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan inimenjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Thursday, August 24

Sifat Anda & Bulan Kelahiran Islam


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk.Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik.Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga.Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.Ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.Pelbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecil, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.Ketika dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan daripada sikapnya semasa kecil.Walau bagaimanapun, hidupnya selamat dan sentosa.

Syaaban
Perwatakannya baik.Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecil, dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.Dia tidak suka menonjolkan diriya.Kehidupanya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras.Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulqaedah
Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah daripada perbuatannya sendiri.Dia sukar mengawal perasaannya, kadang kala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia suka mempertimbangkan baik buruk perbuatannya.Dia sering kali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.




+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)