Thursday, October 20

INFO KESIHATAN

br je dpt baca link dr fb kawan2...

korg darah jenis apa? aku darah O...

so, aku juz copy paste daah jenis aku jelah yer..


Diet Untuk Golongan Darah 'O'
Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


pasni leh la nk kawal skit pemakanan guna format dr ni... mana tau mudah nk turunkn berat badan ke kan...

Wednesday, October 19

INFO FOR MUSLIMS

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah ;




1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 
kematian.                             

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.





p/s : saya dpt info ni dr link kat fb.. drpd hilang cmtu je..baik la saya copy paste info ni..kalu pon bukan utk org lain, mesti berguna utk diri sendir juga kan....

Thursday, September 29

Sakit gigi la pulakkk...........



huwahhhhhh!!! 

sakit gigi!!!!!!! mlm td terselit kerang kat celah gigi. camner plak la kerang pon bule tercelit??? mmg sudah renggang betol gigi geraham aku ni gamaknya!!!

lps mkn tu aku pon dok la tkinja2 guna tooth pick tapi malangnya ........... kerang dpt dikeluarkan tp serpihan2 tooth picks plak tselit... pastu masuk plak @ tgh2 antara gigi... masuk ke dlm gusi ok!!!

oh! skrg sedang mbengkak!!!!!!!

nak nangis...............................................


Sunday, September 25

Sabar

Tak tertahan rasanya hati aku ni...
Pening kepala bila terfikirkannya...
Sanggup mereka???

Tp xper..
Kalau itu semua benar,

Ya Allah.. Tunjukkan kekuasaanMu

Tp jika itu hanya 1 tuduhan...
Aku redha..

Sesungguhnya masa menentukan segala2galanya......

Ya Allah..
Lindungilah keluargaku
Sesungguhnya aku sayangkan mereka...
Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya...


Wednesday, September 21

Sedang MENGGILA ok!

hai bloggerz + readerz  + visitorz + frendz... sumer lah! hihi....

arini nk citer skit la.. saya skrg ni tgh dok menggile menjahit ko! mesin dh lamanya beli tp yg serius mjahitnya baru2 ni lah... starting nk dekat raya aritu... so far, selain menjahit seluar katok adik2, saya dh jahit skirts (pendek + panjang), baju kurung, langsir (itu mmg awal2 dh jahit...tp ala2 sambil lalluu je la.. jahit lurus je)

tp dulu semlm saya dh menyiapkn langsir utk dapur bg menggantikan plastik (bole cayer ke b4 ni saya jus guna plastik as langsir..sumernya gara2 xpandai menjahit!! hahahaha... tp agak2 la weh.. tgk corak la.. bukan corak karton bagai tu tp ala2.... mmg mcm kain betol lah!







ha..inilah contoh plastik meja yg saya buat sbgai langsir daput saya.. amacam?? cara x? hahahaha.... hamekaw! 



bukan malas / apa...tp mmg saya xreti nk jahit fancy2 mcm umah korg... itu yg selepas je raya mcm leh jahit, saya start la jahit apa saje! apa saje ok! apa yg adik2 saya hulur sumer saya buat... termasuklah memotong jeans yg singgkattt..., track suit yg koyak di bhgn lutut...., kangkang koyak..., kecikkan baju... ala2 baby T shirt.., dan byk lagi! 

rasa mcm bangga plak dgn diri sendri sbb drpd zero to hero! hahahahahaaaaa....

ha! psl langsir tu, lihat lah kat bwh ni hasil jahitan saya.... tp jgn la gelak tau sbb

SAYA BUDAK BARU BELAJAR....................
KALAU SALAH JANGANLAH GELAK............



 mmmm..nmpknya kini saya mcm xbape pandai nk ambik gambr cantik lah pulak... bengkang bengkok! eh! bukan... itu bengkang bengkok adalah disebabkan suka hati ms time nk iron tu... hihihi.... tp at least saya dh buat kan....... oh ya! langsir cmni pon bole jadi skirt tau! utk info, kalu korg br nk bajar menjahit mcm saya ni ha.. saya nasihatkan belilah kain cotton, corak mudah sama ada bergaris / berkotak2, so senanglah nk handle... jgn lah terus2 beli kain memahal.... 





ahha! yg ni pic terbaru saya...baru snap semlm.. itu pon sbb nk tunjuk ke korg baju kurung yg sedang saya pkai itu adalah hasil jahitan ku!!!  suka! suka! suka!


Eh! lupa plak nk snap pic mesin jahit saya yg xberapa nk canggih + digital... basic but cute! kuikuikui....




Thursday, September 8

Tembikai~~




saya sedang mencintainya...
jika sebelum ni pandang sebelah mata pon x...kini sudah hampir seminggu saya menikmatinya!
saya terperasan, sepanjang 1minggu ni saya menikmatinya, badan menjadi agak senang hendak di bawa. 
sebelum ni saya ada masalah period yg sangat2 xmunasabah, semuanya sudah hilang... harap2 hilang itu disebabkan pola pemakanan yg telah berubah! InsyaAllah.... AMIN

Tuesday, August 23

Kongsi Ilmu Itu Kan Bagus


Kelebihan Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.

(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.”

(Hadis riwayat Ibnu Ady)Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.

”Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain: Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.

Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.

Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.

Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya.

Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah.

Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.


InsyaAllah~~

Tuesday, August 16

Relax2 kan




saya terjumpa 1 website yg agak menarik! kiranya bule la wat2 sesuatu yg bule mengembirakan hati sikit di kala2 tgh dok poser nih....

ala...saje suka2... kalu nk tau apa,

try klik kat bawah ni!








p/s : utk memain / motivasi diri bule la.... tp utk percaya 100% jgn ok!


Tuesday, August 9

Baru Terasa...

APAKAH???

Tetiber saat membaca wall kwn2 kat fb (yg mna mayb derang x g tarawih ni...)

Terasa mcm nak beraya. B4 ni mcm xder terasa pulak... dh malam2 hening ni baru nk ko!

Apakah persediaan aku nk buat ni???
Sudah la road tax & insurans mati bulan ni! siang td hubby dh g hidupkan...
melayang sudah riban riban gaks!
Apakah yg tinggal?
Hadoi!

Tunggu aje $ BONUS masuk... barulah leh citer! skrg ni cuma leh terasa2, berangan2 je la...



p/s : tahun ni raya ala2 cara selamat je la......................................


+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)