Monday, August 20

KENANGAN BERSAMA DENGAN KAWAN2 DI PLKTerengganu KURSUS SPAK 2007.
WALAUPUN AKU TAK ABISKAN KURSUS TU SBB DAPAT KEJE LAIN, KORG SUMER TETAP DI HATI....
SUZITA, TINA, ZURA, KAK ANIE, SYU, WANIE, ZAM,DAYANG DAN MUAH2 INA...
KORANG MEMANG DA BEST!!!!
HEI!!! MELOR IN DA HOUSE!!!!
I LOVE U ALLSZZZ!!!!
THANK YOU FOR ALL YOUR SUPPORT!!!

Saturday, June 23

PATTERN UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI

Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada yang dihormati TUAN PENGETUA ENCIK JEFRY ISMAIL, PENYELARAS KURSUS PUAN RUHANI HAMID, JURULATIH-JURULATIH PLK TERENGGANU, dan semua KAKITANGAN-KAKITANGAN PLK TERENGGANU dan yang dikasihi pelatih-pelatih PLK Terengganu sekalian.

Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu dengan lafaz kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya serta dengan izinnya jua, dapat kita semua berhimpun di pagi yang cukup istimewa ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan wakil pelatih saudari AFIZAH OH TIONG SENG dari asrama DAHLIA Untuk bacaan doa. Dipersilakan….

(BACAAN DOA OLEH WAKIL PELATIH)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari AFIZAH OH TIONG SENG
di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Indah sungguh dI pagi hari,
Kembang bunga mekar berseri,
Pertama kali kita di sini,
Untuk berhimpun di pagi ini.

Acara berikutnya ialah nyanyian lagu NEGARAKU diikuti dengan lagu KEMAS, lagu negeri TERENGGANU. DAN LAGU NEGERI Selangor. Untuk pengetahuan semua lagu NEGERI SELANGOR akan dinyanyikan oleh pelatih-pelatih dari NEGERI SELANGOR.


Para hadirin diminta untuk menyanyikan lagu bersama-sama.
(NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU KEMAS, LAGU NEGERI TERENGGANU DAN LAGU NEGERI SELANGOR)

Majlis seterusnya menjemput wakil pelatih PLK TERENGGANU saudari NUR SYUHADAH YAHAYA DARI ASRAMA MELOR untuk menyampaikan kata-kata hikmah. Dipersilakan…

(UCAPAN OLEH WAKIL PELATIH)

Majlis dengan rasa hormatnya menjemput PENYELARAS KURSUS bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dijemput, PUAN RUHANI HAMID bagi menyampaikan ucapannya.Dipersilakan…

(UCAPAN OLEH PENYELARAS KURSUS)

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan-ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Terbit mentari di pagi hari,
Cerahnya hingga menyinari duniawi,
Pertemuan kita sampai di sini,
Semoga berjumpa di lain hari.

Untuk mengakhiri majlis pada pagi ini marilah kita bersama-sama membacakan surah Al- Asr

(BACAAN SURAH AL-ASR)
AMIN..
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)