Monday, October 22

Baru Bukak Blog


Setelah sekian lama x membuka blog sendiri, nilah kali pertamanya...
Wow! ada ke lg org masuk blog yg bersawang nih?? hahaha...

semua skrg ni dokdan beburung saje kan... 
  
sampaikan xder masalah nk update benda2 sgt

kalau ada benda masak2 + xtvt pon aku xbaper nak update..
bukan apa..malas tahap gaban!

fb pon aku rasa mcm dh lemau
jenguk sekali sekala...
jadi silent reader
xkomen2 pon status kwn2 kecuali aku macam rajin 

ni pon sengaja je cari peluang menulis...
adeh2!

lenguh pulak jari tangan ni....

nmpk bebenor x nulihnyer...!

chow!
nnt kalu rasa2 nk nulih, i update yer...



Friday, March 2

Renungan Bersama...


YA!..mmg saya lom ada anak tp rasanya ilmu ni mcm berguna utk saya kemudian hari..





insyaAllah...harap2 berguna utk awak jugak..







1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
 

Thursday, March 1

Syukor...


syukur kepadaMU Ya Allah...

dpt juga kuharunginya..

semoga hidupku yang seterusnya akan lebih bermakna...

Monday, February 6

1perkara bagus utk februari!

yuhoo!
seronok sbb dpt tab! Hihi..thanks encik mustafar!

Friday, February 3

FEBBBRUARI Datang Lagi...



Oh! Tidakk...

Ntahla suratan atau kebetulan..setiap kali februari je mesti xder luck dlm idup aku ni! bukan nak nyalahkan takdir tp just nk share..

p/s : baru je lps nangis sensorg dlm bilik...bersendirian pd ms ni adalah lebih menenangkan aku~~ hubby telah pon ku halau g kelas aikido! dia ngajak g downtown pon aku xnak..

tetiber terasa nk mkn nasi putih panas2 dgn ikan kembong goreng taruk skit kicap cap kipas udang...sambil meratapi hidup.... huwahhhhhhhhhhhhh


Wednesday, February 1

TERGAROK- GAROK!!

TERGAROK- GAROK!! macam berok daaa.....

hadoiii..nyampah la pulak! nilah padah kalu sendiri pon alah dgn kucing tp masih ada hati utk membelanya..

skrg ni udah 1 badan tergarok2.. encik hubby pon sama jugak!

ini semua TOMPOK pny pasal la!

bulu dia ada kutu.. so, sejak tau ada..hubby rajin la memandikan dia.. tp stil ada jugak kutu2 tu!

CAMNER EH NK HILANGKAN SEMUA KUTU2 TU ????
ada idea?

td baru je lepas tgk 1 blog ni dia tulis... :

Alahan Rhinitis (demam alahan)  


Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang 
berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat 
kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap 
menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan 
jumlah debunga di udara.  


Tanda-tanda dan gejala  


• Penghasilan mukus (lendir).  
• Gatal-gatal di  
o Tekak  
o Hidung  
o Mulut  
o Mata  
o Kulit  
• Batuk.  
• Sakit kepala.  
• Hidung berair/Bersin.  
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).  


Rawatan  


• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.  
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.  
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga 
hidung.

bila melihatkan kpd gejala2 di ats maka demikian aku membuat kesimpulan bahawa


ini semua TOMPOK punya pasal!! muka je comel tp bawak kutuuuuuu... tp xper eh TOMPOK, kami akan sama2 usaha utk buang semua kutu2 itu...

tp buat masa ni kulit kami dah jadi burOOKKKKK ok!!!!

huwahhhhhhhhhhhhh


p/s : masih sayang sama itu TOMPOK...






+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)