Tuesday, December 22

Macam - Macam Azrin

Bole? Letak tajuk cmtu? hihi.. xder la mcm2 nya cumanya..

mcm2 citer wujud (ha..wujud ko!) time weekd lps.. so, aku rangkulkan dlm 1 citer..senang

citer pertama ;

mhantar wani ke Bentong utk cr umah / bilik sewa.. al-kesah wani dpt AADK Daerah Bentong. tkeluar bijik mata haku bila wani bgtau dia dpt bentong.. mak aih.. kuar dr KL la pulak... xper la..asal kojer gomen..bole kan ajeh la..

wani abis lapor diri kat cherating ari khamis. mlm tu g amik dia kat pudu. esoknya tu, ari dia mengemas brg2 bagai.. g OL amik pack2 baju. Sabtu nya tu aku, hubby & haziq g anta wani ke sana. siap2 bwk brg skit2. mnalah tau dpt terus bilik/ umah so letak brg la..

but 1st..tgk dulu ofis AADK Bentong tu kat mna. Perjlnn amik masa dlm 1jam 1/2 la dr Ptjy.


wani & haziq



hubby..

ooo..rupa2nya ofis wani tu ats Bgnn Tabung Haji Bentong. Tgh2 pekan tu la.. lps survey2 ofis g lunch dulu then baru la time cr bilik/umah sewa. oleh sbb wani pon xder transport lg makanya kenalah cr yg dekat2 ofis kan.. jadi, rasanya yg dekat2 tu bukan umah sewa la gamaknya..tp bilik sewa. tp xperla! asal ada tmpt stay cukup la buat masa 1 atau 2 bln ni. so, dlm jam 2/3 tu jumpa lah bilik sewa. ats deretan kedai. (umah kedai la tu..hiih)

Lps letak beg & brg bagai kitorg pon nk cabut la gerak ke Ptjy semula. Then, tetiber plak auntie Farah call (is3 pak ngah nuar gombak). kebetulan dia balik kg. kg dia kat bentong la jugak. pak ngah nuar xder. dia kat gombak ada org kawin. borak2 pny borak, bilik plak dh dpt - kira setel la hal wani tu hubby kata, dh alang2 kat cni.. g je la umah dia. umah dia kat Kg baru bentong. dekat blkg RISDA. dekat jugak dgn pekan bentong. lps lepak2 1/2jam kitorg gerak ke Ptjy.

mlm tu, oleh sbb dh tgk bilik sewa mcm2 lah wani nk bwk ke bentong. siap dapur digital, tv, radio, langsir, gobok pon bwk ha! gamaknya isnin tu sumbatlah dlm Kancil Ayie tu dgn tilamnya ha sumer ha..


habis balik dr bentong tu, mlm tu tgh wani siap2 dok kemas brg2 dia selebihnya tu, aku & hubby ke CR4 beli brg yg wani dh list kan..

******************************************************************************


Ahad ;

pagi tu lps subuh cmtu, sumer pakat2 tido balik! mau x, dlm 1 ari smlm kuar dr pagi smpai mlm buat mcm2.. ahad nya tu..relaxxxx..

bgn2 je, hubby g jogging (bagus tol..bini dia gak gemukss! huhu) bila tny bfast, jawapnya " xnak apa2, mkn roti je.." haziq plak terbungkang lg! mm..mau x, dia balik dekat subuh..apa da.. makanya zohor kang bgn lah tu! kuat betul mata dia!

so, aku & wani je la nk bfastnya..apa lg, bfast kat kedai je la. g lah kami b2 ke medan selera p9 tu. b4 kuar tu aku dh siap kuarkan ayam nk masak utk lunch nnt. so, balik tu lps relax2 jap baca npaper, siap la menyenseng lengan.. MAASAAAK TIME!

menu nya Kari Ayam, Sambal Belacan, Ulam timun & kobis. tu je!

skali tgh dok kari aku ni mendidih kat dapur tu aku ni dok la kat ruang tamu. wani tgh call mak soh dtg umah bwk langsir. PRENGGGGGG! (bunyi mcm kaca tebal yg jatuh dr tingkat ats)

aku ni jenis cepat tkejut. " apa tuh???!!" terus bukak pintu umah. pandang kiri...kanan..xder apa2..skali pandang depan.. ha? dgn mjerit sekuat hati (high C)kalah Jaclyn Victor.. bila mana jiran2 aku siap bole kuar umah la

" ACCIDENT!!!!!!!"

hubby yg tgh layan tenet kat ats bgegas turun, haziq yg tgh tdo bole terus tjaga, wani tgh borak2 dgn mak pon nk cepat2 je letak phone..

cepat2 aku soh hubby g. aku nk g..TAKUT>....melihat MyVi & Wira bertembung.. MyVi tu siap ternaik ats divider.. gamaknya xder la aku nk g tgk. tp aku paksa hubby g.

time tu baru je lps zohor. org surau pon lom abis.

aku soh haziq g tp sbb dia mcm mamai2, dia xnk g. tp aku gurau ke dia..

" g lah tolong tu. tgk2 la.. ntah2 yg langgar tu kawan haziq. kwn2 ko ni suka je langgar2 org.. "

nota : aritu masa kemalangn ngeri kat jln besar ptjy pon yg langgar tu kwn haziq gak.. kuikuikui...

skali betul da...kwn haziq. kwn sekolah dia ms kat teknik dulu.

kereta btembung langgar dgn lady driver

hubby nmpknya sedang menolong2 dgn ada org lain mangkat pompuan tu. bwk ke hospital kot..

siap la ada polis..bomba..

bila hubby dh balik ke umah, dia kata pompuan tu adik ipar encik tajol (jiran sebelah umah aku) encik tajol sefamily g PD. adik dia ni ada class bila weekd sbb tu x g. kiranya dia accident tu OTW ke class kat UPM. cian dia. MyVi dia rosak teruk!

mmg xbole pkai dh tu! enjin habis.. tangki minyak itam pecah, tayar pon dh belok..

lewat ptg tu aku g melawat dia. dia xkena admitted pon. just jahit kat lutut..pastu pening2 skit. tp kete..dasyahhtttt.

kata dia, dia nk tolak MyVi tu. MyVi tu baru je kuar bengkel slps dok 1 bln kat bengkel. ni dh accident ni, jwpnya pkai kete baru la




xjauh je dr umah aku. aku snap pic dr pintu umah je.. hihi..bole la



********************************************************************************

seriau lah bab2 accident nih!

No comments:

+ CARI CERITA SAYA + ~❤✿¸.•*¨`*•..¸✿❤

ACCIDENT (2) AT HOME (3) BIRTHDAY (3) EDIT BLOG (7) GAMIN HILL (10) HANTARAN (2) HOLIDAY (5) IKATAN (13) IN LAW STORY (4) INFO SHARING (6) JAHAT (2) KISAH FAMILI (19) KISAH KAMI (18) KUCING (1) KURSUS (3) LYRICS (21) MENU (18) NATURE (2) NEW YEAR (3) PATRIOTIK (5) PETS (3) RAMADHAN (7) RAWATAN (2) RAYA (11) SAHABAT (12) SALOON (2) SHOPIN (10) TAKZIAH (1) TV (2) WAYANG (14) WORK PLACE (5)