KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bingung apabila isteri dikahwininya tujuh tahun lalu menghilangkan diri sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan sebarang pesan.
Bapa kepada dua anak itu, Mohamad Izlan Sah Abdullah, 40, berkata, walaupun berlaku perselisihan faham antara mereka berdua, namun dia tidak menyangka isterinya, Noor Maziah Saidin (gambar), 26, sanggup keluar rumah.
“Sepanjang berkahwin, setiap kali berselisih faham, isteri saya tidak pernah meninggikan suara apatah lagi melarikan diri dengan meninggalkan dua anak berusia 5 dan 6 kerana mereka sangat rapat.
“Saya sangkakan dia cuma merajuk sehari dua dan pulang ke rumah, namun selepas lima hari, tiada sebarang berita daripadanya apatah lagi dia keluar tanpa membawa telefon bimbit,” katanya.
Izlan berkata, pada hari kejadian mereka sepatutnya bercuti ke Langkawi, namun berlaku perselisihan faham menyebabkan isterinya merajuk.
“Enggan memanjangkan pergaduhan serta kesuntukan masa ke lapangan terbang, saya meninggalkan isteri di rumah bersama adik ipar supaya dapat menenangkan diri, namun sebaik tiba di Langkawi, saya diberitahu dia keluar dari rumah di Taman Selasih, Batu Caves dengan membawa beg pakaian serta buku simpanan wang.Beliau meminta orang ramai yang mengetahuinya supaya menghubungi di talian 012-2339982.
*****************************************************************
aku bukan nk menyebelahkn sesiapa. tp nk kutuk skit.
isteri dia keluar rumah sbb mkn hati dgn suami dia. aku rs ini bukan kali pertama suami di wat cmtu. mesti dh byk kali. yg suami dia plak apa kes?? isteri baru xbalik umah terus call pihak akhbar siar citer. apa ko ingt isteri ko x malu ke nnti???? hampeh!!! buduh! buduh! buduh! kalu isteri ko smpai dh nekad tinggal ko cmtu, mesti giler2 r dia dh mkn hati berulam jantong ke ko.
wahai sang suami, jgn ingt isteri xder hati. diam2 ubi berisi tau... kesabaran pon ada batasannya jugak. pesanan ini jugak utk SUAMI SAYA!!!!!!!!
asek isteri je nk jaga hati suami. suami??? ada?? bila majok pon buat xreti. bila dh jadi kes mcm di ats ni baru terhegeh2 nk citer. ha! bagus! bgtau ke 1 dunia isteri ko lari...
nmpk sgt dh terbeser biarkan isteri merajok berhari2..itu pon masih buat dekkk je lg.. hampeh!